Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014
Dua Sahabat Mati Berpelukan

BATU GAJAH – Hajat dua sahabat menjala ikan berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas di sebuah kolam ikan berhampiran Jalan Ipoh-Lumut di sini, semalam.
Lebih memilukan, mayat mangsa, Mohd Yati Yeop Ahmad, 42 dan Mohammad Zhairii Shahuddin, 26, ditemui dalam keadaan berpelukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dan Unit Skuba dari Ipoh kira-kira jam 8.28 pagi, selepas dua hari dilaporkan hilang.
Mohd Yati dipercayai tidak pulang ke rumah selepas menonton perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan negara menentang Barcelona kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu di rumahnya sebelum bertemu dengan Mohammad Zhairii.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, gerakan mencari diteruskan selepas terima laporan polis dari keluarga mangsa.
“Kedua-dua mangsa disyaki lemas dan bantuan Bomba dan Penyelamat diperlukan untuk mencari mangsa berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ditemui seperti jaring ikan dan selipar yang dipakai ketika kejadian.
“Pemeriksaan di tempat kejadian juga mendapati tiada kesan pergelutan. Usaha bomba yang diketuai Ketua Operasi, Halid Md Zin berjaya menemui mayat mangsa,” katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai kecederaan lain ketika ditemui.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diterima,” katanya.
Nasi bungkus untuk anak
“Suami saya sempat mencari bahan terbuang untuk membeli nasi sedap (nasi bungkus) semata-mata untuk makan bersama kesemua anaknya,” demikian cerita isteri Mohd Yati, Sarinah Mohd Hatepi, 35, sebelum suaminya itu ditemui lemas.
Menurutnya, arwah suaminya itu hanya sempat bertemu dengan tiga anaknya berikutan empat anak yang lain telah beraya di kampung nenek mereka di Manong, Kuala Kangsar.
“Bagi kami, nasi bungkus adalah nasi mewah dinikmati kami sekeluarga dan perlakuan arwah membeli disifatkan agak pelik.
“Selain itu, arwah tidak melepaskan peluang yang ada bermanja dengan tiga anak yang lain sehingga anak perempuan berasa rimas apabila arwah sering mencium. Namun, tidak sangka itu petanda arwah akan pergi selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Batu Gajah.
Sarinah berkata, arwah tidak sempat bertemu empat anaknya iaitu Mohd Azwan, 18; Nor hayati, 12; Nor Hayani, 10 dan Mohd Riduan, 4.
“Arwah rajin bekerja menerima upah dari penduduk setempat sekiranya ada yang mahukan ikan air tawar selain mengutip barangan terpakai yang boleh dijual semula seperti tin kosong dan sebagainya.
“Namun, Syawal kali ini dilihat berbeza berbanding tahun sebelumnya apabila arwah beria-ia membuat lemang sendiri sedangkan ia di luar kemampuan kami untuk menyediakannya,” katanya.
Malam kejadian, dia berusaha menghubungi telefon bimbit Mohd Yati selepas keluar rumah tanpa memberitahu tujuannya.
“Kami berusaha mencari di seluruh kawasan memancing dalam daerah ini sehingga diberitahu salah seorang rakan arwah yang ternampak kereta Perodua Kancil milik rakannya itu di sebuah kolam tidak jauh dari Pusing.
“Usaha mencari telah menemukan jaring ikan yang sering digunakannya untuk menjala dan selipar kegemarannya ketika keluar,” katanya yang kini tinggal bersama tujuh anaknya menyewa di Kampung Pisang.
Katanya, bebanan semakin bertambah apabila dia terpaksa menjaga anak ketiganya yang juga orang kurang upaya (OKU) selain menyara anak berusia dua hingga 18 tahun.
Rancang bertunang
Mangsa kedua, Mohammad Zhairii merancang untuk mengadakan majlis pertunangan dengan gadis pilihannya pada November depan.
Ibunya, Harohani Abu Kassim, 53, berkata, hasrat itu disuarakan baru-baru ini selain reaksi arwah yang lebih ceria dan banyak tersenyum.
“Memang tidak syak apa-apa perubahan pada arwah dan memikirkan raya kali ini bermakna apabila 10 anak saya berkumpul bersama-sama dalam menyambut Syawal.
“Memang tidak dapat terima hakikat yang anak ke lima saya ini pergi dahulu menghadap Ilahi dalam keadaan begini,” katanya.
Menceritakan kali terakhir bersua muka, Harohani berkata, Mohd Yati datang ke rumahnya sebelum keluar kira-kira jam 4 pagi menaiki kereta kancil milik Mohammad Zhairii.
Jenazah Muhammad Zhairii dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Redang Sawa Gopeng manakala Mat Yati di Tanah Perkuburan Ara Panjang, Kuala Kangsar. – Sinar Harian
Selasa, 31 Desember 2013
Dua Tangan Perempuan China Ini Tulis Dua Bahasa Berbeda
Jumaat, 14 De sember 2012
Chen Siyuan dengan kelebihannya (Foto: Daily Mail)
BEIJING - Seorang wanita asal China boleh menulis dengan dua bahasa berbeda dengan kedua tangannya serentak. Hal ini memungkinnya boleh menjimat waktu.
Chen Siyuan sangat mahir menulis dengan kedua tangannya pada masa yang sama. Dia juga melakukannya dalam berbagai bahasa seperti menggunakan bahasa China dengan satu tangannya dan bahasa Inggeris dengan tangan yang lainnya.
Chen, yang bekerja sebagai penterjemah ini mengembangkan bakatnya sejak dari SMA. Secara kebetulan ia mencuba untuk menghemat waktu mengerjakan pekerjaan rumah bahasa Inggerisnya dengan menulis menggunakan kedua tangannya.
"Ketika saya masih di SMA, saya sedar dapat menulis dengan kedua tangan ketika saya mencuba untuk menyelesaikan pekerjaan rumah saya,” ujar Chen, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (14/12/2012).
Teman sekelas saya penasaran dan mencuba untuk meniru saya. Namun tidak seorang pun dari mereka yang berhasil," ungkap wanita berusia 24 tahun ini.
Chen, kemudian memperoleh gelar sarjana dalam bahasa Inggeris, sekarang ia menggunakan bakatnya untuk menulis puisi dengan dua kalimat secara bersamaan.(faj)okezone.com
Chen Siyuan sangat mahir menulis dengan kedua tangannya pada masa yang sama. Dia juga melakukannya dalam berbagai bahasa seperti menggunakan bahasa China dengan satu tangannya dan bahasa Inggeris dengan tangan yang lainnya.
Chen, yang bekerja sebagai penterjemah ini mengembangkan bakatnya sejak dari SMA. Secara kebetulan ia mencuba untuk menghemat waktu mengerjakan pekerjaan rumah bahasa Inggerisnya dengan menulis menggunakan kedua tangannya.
"Ketika saya masih di SMA, saya sedar dapat menulis dengan kedua tangan ketika saya mencuba untuk menyelesaikan pekerjaan rumah saya,” ujar Chen, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (14/12/2012).
Teman sekelas saya penasaran dan mencuba untuk meniru saya. Namun tidak seorang pun dari mereka yang berhasil," ungkap wanita berusia 24 tahun ini.
Chen, kemudian memperoleh gelar sarjana dalam bahasa Inggeris, sekarang ia menggunakan bakatnya untuk menulis puisi dengan dua kalimat secara bersamaan.(faj)okezone.com
Selasa, 17 Desember 2013
GAMBAR Dua Ditemui Mati Kena Pukul Sembelih Dalam Pondok Di Hulu Selangor
HULU SELANGOR – “Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin.Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti,” kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.Omar berkata, dia membelikan baju Melayu untuk arwah anaknya kerana kebetulan jualan murah dan boleh digunakan menyambut Aidilfitri nanti.Bagaimanapun, dia reda setelah menerima khabar anak kesembilannya itu meninggal dunia semalam. “Pak cik dapat tahu Uda (Mohamad Hafiz) meninggal dunia selepas membuat laporan polis bersama anak sulung pak cik (Mohamad Hatta, 48) mengenai penemuan mayat rakannya, Hamsi.“Tapi sebelum itu, Hatta dah pergi lihat pondok itu tapi dia tidak jumpa arwah Uda sebab dia dalam pondok. Hatta cuma nampak arwah Hamsi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.Menurutnya, sebelum penemuan kedua-dua mayat tersebut, saudaranya dikenali sebagai Pak Musa datang ke rumahnya, kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian, dengan membawa MyKad, lesen memandu dan kunci motosikal Mohamad Hafiz.
Katanya, Pak Musa menjumpai dompet anaknya hanyut di Sungai Bernam, dekat Kuala Slim kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.“Saya rasa tak sedap hati dan menyuruh Hatta cari Uda di pondok itu. Tapi masa itu, Hatta hanya jumpa arwah Hamsi.“Hanya selepas polis datang, baru nampak mayat Uda dalam pondok,” katanya.Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Suprintendan Zulkifli Bidin berkata mayat Muhamad Hafiz dan Hamsi ditemui kira-kira 4.30 petang semalam oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.“Kami percaya kedua-dua mereka tinggal di pondok itu dan merupakan penjaga kebun kelapa sawit tersebut serta ternakan yang dipelihara di situ,” katanya.Zulkifli berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan.Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sementara itu, bekas isteri arwah Hamsi, Rohani Nazir, 41, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menemui arwah pada Rabu lalu ketika datang melawat dua anak mereka.Menurutnya, walaupun telah bercerai setahun lalu, hubungan mereka tetap baik dan arwah masih menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah.“Saya baru saja sambut hari lahir anak kedua saya, Shahrizal Hamsi (adik), 8, tengah hari tadi (semalam) walaupun tarikh lahirnya, 13 Julai nanti.“Adik kata dia memang nak bagi kek pada ayahnya, tapi tidak sempat kerana dia sudah tiada,” katanya.Rohani bagaimanapun reda di atas kejadian yang menimpa bekas suaminya. – Sinar Harian
Langganan:
Postingan (Atom)