Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label china. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label china. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Dua Tangan Perempuan China Ini Tulis Dua Bahasa Berbeda

 Jumaat, 14 De sember 2012 
Chen Siyuan dengan kelebihannya (Foto: Daily Mail)
Chen Siyuan dengan kelebihannya (Foto: Daily Mail)
BEIJING - Seorang wanita asal China boleh menulis dengan dua bahasa berbeda dengan kedua tangannya serentak. Hal ini memungkinnya boleh menjimat waktu.

Chen Siyuan sangat mahir menulis dengan kedua tangannya pada  masa yang sama. Dia juga melakukannya dalam berbagai bahasa seperti menggunakan bahasa China dengan satu tangannya dan bahasa Inggeris dengan tangan yang lainnya.

Chen, yang bekerja sebagai penterjemah ini mengembangkan bakatnya sejak dari SMA. Secara kebetulan ia mencuba untuk menghemat waktu mengerjakan pekerjaan rumah bahasa Inggerisnya dengan menulis menggunakan kedua tangannya.

"Ketika saya masih di SMA, saya sedar dapat menulis dengan kedua tangan ketika saya mencuba untuk menyelesaikan pekerjaan rumah saya,” ujar Chen, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (14/12/2012).

Teman sekelas saya penasaran dan mencuba untuk meniru saya. Namun tidak seorang pun dari mereka yang berhasil," ungkap wanita berusia 24 tahun ini.

Chen, kemudian memperoleh gelar sarjana dalam bahasa Inggeris, sekarang ia menggunakan bakatnya untuk menulis puisi dengan dua kalimat secara bersamaan.
(faj)okezone.com
selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

3 Terbunuh Utara China Dilanda Taufan Soulik

3 Terbunuh, Utara China Dilanda Taufan Soulik

UTARA China semalam dilanda angin kencang dan hujan lebat dari Ribut Taufan Soulik yang menyebabkan tiga orang mati dan memaksa kira-kira setengah juta penduduk berpindah.
Taufan itu, sebelum itu membunuh dua orang di Taiwan sebelum bergerak ke arah Tanah Besar China membadai bandar persisiran pantai Fujian dengan kelajuan angin 118 kilometer sejam.
Menurut Pentadbiran Meteorologikan China, taufan itu semakin lemah dan diturunkan kepada ribut tropika sebaik bergerak di atas daratan.
Tiga yang terbunuh berada kawasan bersebelahan iaitu Guangdong. Sementara itu dua jabatan meteorologi melaporkan hujan lebat sehingga 250 mm hanya dalam masa 20 jam.
Kira-kira 500,000 orang dipindahkan dari Fujian dan Zhejiang sebaik taufan itu menghampiri dan kira-kira 5,500 tentera dikerahkan untuk melaksanakan tugas kemanusiaan jika perlu.
Menurut berita Xinhua pula, kira-kira 31,000 kapal dipanggil semula ke pelabuhan dan 20 penerbangan telah dibatalkan.
Taufan Soulik membawa hujan lebat di daerah Xiamen dengan kira-kira 24cm hujan turun di bandar pelabuhan itu dari Sabtu hingga Ahad.
Paras air sungai meningkat sehingga paras amaran dan disesetengah tempat ombak setinggi 10 meter membadai benteng penahan ombak di Bandar Ningde. Di Taiwan, dua terbunuh manakala seorang lagi hilang manakala 104 lagi cedera.
Kerugian di sektor pertanian dianggarkan bernilai 8.5 juta Dolar Amerika, menurut kerajaan. – IBNU K
selengkapnya