Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

Derhaka Anak Biarkan Ibu Tinggal di Kandang Babi

 Jumaat, 14 Desember 2012 

Ibu tinggal di kandang babi di China
Ibu tinggal di kandang babi di China (Kankanews.com)

VIVAnews - Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Provinsi Jiangsu, menjadi terkenal  bulan-bulanan di media sosial China kerana  membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat renta, usianya sudah 100 tahun.

Diberitakan Mingguan Telegraph  , komentar pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan  . Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun bersama-sama babi-babi.

Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu delapan anak itu mengaku senang dan kerasan tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni lalat. "Dia memang ingin tinggal di sini kerana katanya nyaman," kata Chen berdalih.

Kepada stesyen televisyen tempatan   tersebut, Chen mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam kamar di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen.

Tindakan Chen yang membiarkan ibunya tinggal di kandang babi ini menuai kecaman di media sosial Weibo. Banyak yang mengatakan bahawa ini adalah bentuk durhaka anak terhadap orang tua. Banyak juga yang menggambarkan bahawa inilah realiti saat ini, pemuda tidak lagi peduli pada orangtua.

"Apakah yang mengaku manusia tergamak melakukan hal ini? Harusnya dia boleh  merasakan hari-hari bahagia setelah 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo.

Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.

Gu Yuqing, anak perempuan nenek malang ini mengaku sudah mencuba meyakinkan ibundanya untuk hengkang dari kandang babi tersebut. Namun, dia sulit meyakinkannya kerana ibunya mengaku kerasan.
"Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.

selengkapnya

Sabtu, 21 Desember 2013

Palanivel gugurkan anak Samy Vellu

Oleh Amin Iskandar, Pengarang Berita
July 17, 2013
TERKINI: July 17, 2013 05:29 pm
Datuk Seri G Palanivel (gambar) memperkukuhkan kedudukannya dalam MIC hari ini apabila menggugurkan Pengarah Strategi,  S Vell Paari dan Ketua Puteri,  Usha Nandini daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti itu.

Kedua-dua pemimpin itu digantikan oleh Datuk S Sothinathan dan Sunthar S Subramaniam yang rapat dengan presiden MIC itu.
“Saya melantik Sothinathan untuk menggantikan Vell Paari yang menjadi ahli CWC parti selama beberapa tahun lalu,” kata Palanivel dalam satu kenyataan hari ini.
Vell Paari adalah anak kepada bekas presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu.
Dalam reaksi awal, Vell Paari berkata: “Tiada siapa beritahu saya apa-apa.”
Sothinathan adalah bekas naib presiden parti manakala Suntar pula merupakan anak kepada bekas timbalan presiden Tan Sri S. Subramaniam.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Vell Paari dilihat sebagai suara lantang dalam parti itu dan kadang kala mengkritik MIC dan Barisan Nasional (BN) secara terbuka.
Dalam Pilihan Raya 2013 lalu, Vell Paari antara pemimpin MIC yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Palanivel secara terbuka berikutan Datuk Zulkifli Noordin diletakkan sebagai calon Parlimen Shah Alam.
Keputusan berkenaan menimbul kemarahan masyarakat India beragama Hindu berikutan tersebar video menunjukkan Naib Presiden Perkasa itu menghina agama Hindu.
Bapa Vell Pari, Samy Vellu memegang jawatan presiden MIC selama 31 tahun sebelum melepaskan jawatan pada tahun 2010 kepada Palanivel.
S Subramaniam merupakan musuh politik Samy Vellu dan seringkali menjadi pencabarnya dalam pemilihan parti.
Samy Vellu dianggap sebagai pemimpin kuku besi dan seringkali memecat golongan yang tidak sebulu dengannya. – 17 Julai, 2013.
selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Bapa Anak ‘Mati Celah Tingkap’ Tuntut Keadilan

bapa

MANJOI – Seminggu selepas kejadian seorang pemuda, Sherol Aizam, 27 mati di celah tingkap ketika cuba masuk ke rumah jirannya, bapanya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya.
Bapa mangsa, Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50 memaklumkan, laporan polis itu dibuat selepas melihat kecederaan dialami Allahyarham Sherol Aizam termasuk kesan yang didakwa seolah-olah dijerut pada leher.
Mohd Damanhuri mendakwa, kesan berkenaan tidak sepadan dengan laporan bedah siasat yang menyatakan anaknya mati akibat sesak nafas.
“Bagaimana mahu buktikan anak saya mati tersepit di celah tingkap sedangkan isteri saya melihat arwah anak saya sudah terbaring di bahagian belakang rumah berkenaan pada waktu kejadian.
“Dalam siasatan polis pula tiada gambar menunjukkan keadaan berkenaan denga alasan lupa selain diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Unit forensik juga tidak dipanggil ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sebelum itu, Mohd Damanhuri bersama isterinya, Salamiah Hassan, 45 telah membuat empat laporan polis di Balai Polis Majoi, di sini, semalam.
Mohd Damanhuri berkata, dia mengesyaki anaknya dipukul dalam kejadian berkenaan berikutan terdapat kesan lebam pada tumit dan pelipat kaki serta punggung mangsa.
“Keseluruhan badan Sherol Aizam mempunyai kesan lebam yang mungkin kerana dipukul oleh orang lain dan mungkin juga telah menyebabkan kematian.
“Saya mahu keadilan terhadap kematian tragis anak saya. Bukan untuk menegakkan kesalahan anak saya yang dilihat cuba menceroboh rumah orang lain, tetapi saya perlu tahu punca sebenar kematiannya,” tegasnya.
Ditanya berkenaan usahanya untuk membolehkan bedah siasat kali kedua ke atas jenazah Sherol Aizam, Mohd Damanhuri menyatakan, dia merancang untuk mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh, esok.
Katanya, perintah itu akan dibuat melalui peguam yang telah dilantik dan berdasarkan nasihat peguam, perbelanjaan tinggi perlu dikeluarkan untuk mendapatkan khidmat pakar bedah luar atau swasta.
Ahad lalu, akhbar ini melaporkan bahawa Sherol Aizam ditemui oleh tuan rumah yang cuba dimasukinya dalam keadaan hanya berseluar pendek dengan separuh badannya tersangkut pada tingkap dapur rumah di Lengkok Kledang Raya, Taman Saz, Silibin , di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong memaklumkan, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati meninggal dunia akibat ‘postural asphyxia’ iaitu sesak nafas akibat tersepit sekali gus menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah. – SINAR HARIAN
selengkapnya

Senin, 25 November 2013

BUsset dah Gaya Pacaran Anak Jaman Sekarang

Gaya Pacaran Anak Jaman Sekarang Mesra Banget



Gini gan gaya pacaran Anak jaman sekarang nggak perlu motor, naik sepeda pun bisa mesra kayak gini
Mau yg lebih HOT klik yg HOT bawah Ane!!! [asikdeh]
selengkapnya