Kamis, 30 Januari 2014
Piala Sumbangsih Misi balas dendam ATM
Wartawan Sinar Harian
3 Januari 2013
3 Januari 2013
KELAB penyokong bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Helang Rimba berharap misi balas dendam tercapai dalam saingan Piala Sumbangsih, Sabtu ini setelah ia tewas kepada Kelantan dalam final Piala Malaysia musim lalu.
Presiden Helang Rimba, Leftenan Kolenal Ab Rahman Mahmood mahu ATM mempersembahkan pencapaian yang lebih baik kali ini.
"Kami selaku penyokong tegar dan peminat setia ATM tetap yakin walaupun kehilangan tiga tonggak utama ATM dan itu bukannya alasan untuk dikatakan sebagai satu pasukan yang tidak kuat," katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau juga yakin Shukor Adan dan beberapa muka baru dapat membantu ATM menjulang Piala Sumbangsih.
"Dia (Shukor Adan) merupakan seorang pemain yang berkualiti begitu juga dengan beberapa pemain lain.
"Saya percaya B Sathianathan akan buat satu percaturan yang baik kerana dia lebih arif dan kepimpinannya terbukti setelah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik," katanya lagi.
Begitu pun, beliau turut menghormati kehebatan pasukan lawan di mana Kelantan merangkul gelaran trebel musim lepas.
Dalam pada itu, menurut ketua Helang Rimba, Pegawai Waran I, Azman Talib menyatakan seramai 500 orang penyokong ATM dari Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat Kem Sungai Besi akan bertandang ke Stadium Shah Alam Sabtu ini bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangannya itu.
"Kami telah membuat persediaan seminggu lalu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
"Kami juga ada membuat sedikit kelainan," kata Azman.
Selain itu, Azman berharap agar semua anggota tentera dari perkhidmatan darat, laut dan udara yang berada di sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia dapat sama-sama turun ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan ATM.
"Kami harap Piala Sumbangsih akan menjadi milik ATM buat musim ini.
"Saya menjangkakan ATM akan menang 2-1 Sabtu ini," jelasnya.
Perlawanan akan bermula pada jam 8.45 malam, bertempat di Stadium Shah Alam dan Kelantan dipilih selaku pasukan tuan rumah, manakala ATM selaku pasukan pelawat.
Pada final Piala Malaysia, Kelantan muncul juara dengan mengalahkan ATM 3-2.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar