Social Icons

Pages

Senin, 23 Desember 2013

Kereta Berhabuk Jadi Tempat Melukis


Kreativiti manusia ada kalanya tidak terbatas dan terduga dek akal seperti yang dilakukan oleh seorang penjaga tempat letak kereta di Azerbaijan, Rafael Veyisov.

Dia yang mempunyai bakat dalam melukis tidak menjadikan kertas atau kanvas sebagai medannya mencurah hasil seninya, tetapi pada kereta kotor dan berhabuk.

Dia yang menyedari bakatnya itu 10 tahun yang lalu hanya menggunakan jari untuk membentuk lukisan bangunan dan burung yang berterbangan.

Imej bangunan yang dihasilkannya itu merupakan bentuk sebenar sesebuah bandar bagi mendidik masyarakat tentang keadaan sesebuah negara.

Adakalanya, dia juga menghasilkan lukisan yang jauh lebih ‘berimaginasi’ berbanding apa yang biasa dilukisnya.

Hasilnya, pemilik kereta yang kagum dengan lukisannya itu gemar meninggalkan kereta di bawah jagaan Rafael dan membiarkan ia berhabuk bagi melihat kreativiti lelaki itu pada kereta mereka.

Memang mengagumkan!



Oleh: ELZA


Tidak ada komentar:

Posting Komentar